BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 8, 2010

Kemusykilan tentang penggunaan lampin kain


Kemusykilan tentang penggunaan lampin kain...

Sebagai panduan untuk para ibu yg mungkin ada masalah atau kesulitan atau kemusykilan dan ada byk persoalan tentang Lampin kain ni, boleh la jenguk2 sini ye, mana tau ader yg terjawab...Pada yg nak berkongsi pengalaman dan membantu ibu2 kat luar sana, amatlah digalakkan, kita sama2 kongsi dan bantu ye.. Jom kita tgok soalan2 yg selalu saya terima....


BERAPA KEPING CD DIPERLUKAN UNTUK SEORANG ANAK/SEHARI ?

Bergantung pada penggunaan pampers sebelum nie ,
kalau anak kita guna 5 keping sehari, elok la beli 5 keping CD gak..tapi pd yg baru nk mencuba 2-3 set pun boleh , campur2 dulu dgn DD, dah puas hati dan boleh beri komitment dengan CD ni... jadi anda bolehlah menambah koleksi yer...


BERAPA INSERT DIPERLUKAN ?
Ini pun kena terpulang pada kadar anak kita pee2, kita boleh tentukan sendiri, masing2 mesti arif n faham anak masing2 kan .


Apa kata mulakan dgn satu insert je dulu .. klau bocor bermakna anak anda kuat pee jadi tambah 1 lagi insert...maksimum insert boleh masuk dlm CD adalah 3 keping yea ... macam anak saye kene cek setiap 2 jam skali kadang2 lepas pemakaian 2 jam dah penuh..anak saye ni pakai DD pon kalau lambat tukar herm bocor.....dan walau pakai ape brand pon tetap bocor...huhuhu...sume brand CD or DD telah ku cuba...tu la sebagai mama kene lah alert k...

Cara pemakaian pon memainkan peranannya yea..semasa di pakaikan ke anak pastikan ruang antara paha anak dgn CD tidak terbuka..kalau ya maknenye pee akan meleleh keluar dgn jayanye..hehehe...so harap pakaikan betul2 k...

Sedikit tip untuk ibu2 praktikkan (kalau rajin la yea) untuk anak2 yg pee dengan byk.. kita juga boleh gantikan insert kedua dengan kain lampin biasa.... caranya pula dengan bentangkan lampin dan letakkan sekeping insert kat tengah dan lipatkan ikut ukuran insert asal.. insyaAllah tidak bocor


BIASANYA SATU CD BOLEH BERTAHAN BERAPA JAM ?
Sebenarnya tempoh pemakaian Lampin ni juga berbeza ...ianya terpulang kepada anak itu sendiri samada memang banyak atau tidak anak kita tu pee so memang saye tak dapat untuk berikan yang jawapan tepat..ada yg tahan 3-4 jam, ada yg smpai 6 jam..sama la mcm lampin pakai buang , bila kita nampak dah penuh mesti kita salinkan..yg penting pastikan berapa insert perlu di masukkan pada satu-satu masa . Biasanya waktu tido mlm tu masuk kan 2 insert, boleh tahan smpai pagi.


BOLEH JAMIN KE CD TAHAN UNTUK 3 TAHUN ?
Jaminan 100% tu tak semestinya la sbb semuanya bergantung pada cara kita guna dan jaga. Kuantiti CD sangat penting untuk pastikan CD tahan lebih lama..jadinya tentukan kuantiti yg sesuai untuk anak kita.
Disyorkan 6-10 pcs untuk setiap anak . Kalau lebih pcs lagi bagus. Jangkamasa 3 tahun diambil sbb saiznya yg fleksibel, boleh dilaras dari saiz S-XL n dari baby newborn smpai 4 tahun, kalau ikut berat pulak dari 0-16kg .

0 comments: